Penipuan Dalam Perniagaan Online..???
Salam kepada semua…
Maaf jika saya jarang update blog saya sebab saya agak sibu dengan persiapan memasuki ke alam sarjana muda (degree) di uitm Shah Alam
Ok…dalam post kali ini saya cuma ingin memberi sedikit nasihat kepada anda semua bahawa..saya pernah menerima 2 emel dari orang yang saya tidak kenali yang kononya foreigner memberitahu bahawa saya memenangi wang tunai dan mereka memerlukan pengesahan saya sebelum duit tersebut dapat di berikan kepada saya..
Apa yang ingin saya tekankan di sini bahawa…jangan sesekali anda dedahkan maklumat peribadi anda kepada sesiapa yang anda tidak kenali asal usulnya…kerana ia sangat bahaya dan membolehkan anda mengalami kerugian dari segi kewangan kerana ia akan menggunakan maklumat tersebut untuk meng”hack” akaun bank anda dan akhirnya duit anda akan dicuri oleh mereka.
Anda semua harus ingat bahawa dalam dunia ini agak susah untuk mencari orang yang sanggup memberikan kita wang yang besar. Sebagai contoh…kita nak pinjam duit daripada member kita juga agak susah inikan pula dapat ratusan ribu dari orang luar yang kita tidak kenal…
Jadi saya harap anda semua jika ada yang menerima emel seperti itu…buat laporan ataupun delete sahaja emel tersebut dan jangan sekali-kali anda dedahkan maklumat anda kepada mereka.
Salam
Amril Muidz





ingatan yang perlu diambil perhatian,saya pun selalu terkena
Salam Bro Zarul..
yup…saya selalu dapat emel begini…kalau saya masih baru mungkin tertipu kerana terlalu taksub dengan janji manis mereka yang mahu bagi berjuta-juta..
wohooo..tahniah sbb dah melanjutkan pelajaran di UiTM..apepun, jangan percaya dengan emel2 yang camtu…dah banyak orang kene tipu..anyway, blog bro dah di-add dlm blog adiazli.com,so bole la tuka link yerk..
Salam adiazli..
Terima kasih…emel begitu elok setkan sebagai spam je….ok bro…saya dah add link bro..tq sebab sudi exchange link…
salam,
baru2 ni ade usha kat blalang punye blog..
penipuannye betul2 cantik..
dia buat laman web sebijik mcm maybank2u punye web..
pergh..
hati2 ngan web mcm ni..
laman web mane tu eh?pasal squeeze page tu..apa yang bro tak tahu eh?nak setup apa?
em saya byk terima email mcm nie siap ade pompuan niger seksi nk kenal..
wat don no jer..jgn layan.. ade ke dia ckap aku menang loteri.. entah bila aku main nombor kat ngara diowng.. beli kat apek cina ade ar..hahaha