Buat Duit Atau Membina Perniagaan Online?

Salam semua, harap semua sihat2 belaka.
Ok.. hari ini saya nak cerita sikit 2 perkara iaitu buat duit di internet dan juga membina perniagaan online. Apa perbezaan kedua-dua nie?macam sama jer?humm.. ada banyak perbezaan sebenarnya cuma kita mungkin terlepas pandang. Ok…mari saya terangkan secara ringkas perbezaan antara buat duit di internet dan juga membina perniagaan secara online.
1)Buat Duit Di Internet
Buat duit di internet nie dapat di takfsirkan jika kita mampu mendapatkan pulangan iaitu dalam matawang ataupun duit ke dalam akaun kita. Maknanya kita mendapat duit dengan hanya menggunakan internet. Sebagai contoh, anda buat duit melalui adsense, ebay, dan sebagainya.
Tapi apa bezanya dengan membina perniagaan? padahal kedua-dua menghasilkan duit kepada kita. Ok.. saya terangkan jika kita hanya membuat duit di internet, kita hanya menumpukan dalam masa jangka pendek. Kita hanya mencari instant money dari internet. Sebagai contoh jika anda mendapat duit daripada adsense, cuba bayangkan satu hari adsense akan di bubarkan, maksudnya anda tidak akan dapat membuat duit lagi kerana sebelum nie pendapatan anda daripada adsense. Adsense yang membayar anda. Tetapi memandangkan adsense sudah di tutup anda tidak akan mendapat duit dari nya.
2)Membina Perniagaan Online/Internet
Berbeza dengan hanya membuat duit di internet, membina perniagaan secara online juga seperti membina perniagaan secara offline. Sebagai contoh, jika kita ingin membina perniagaan, kita memerlukan networking yang besar supaya dapat membantu kita dalam mempromosikan sesuatu produk. Selain itu, kita juga perlu ada mailing list yang berkualit. Saya ingat lagi kata-kata Patric Chan dan Zamri dalam The Four Weeks To Freedom dimana mereka mengatakan bahawa kita perlu membina asset kita untuk membina perniagaan internet yang sebenar. Terdapat beberapa asset penting yang perlu kita ada iaitu mailing list yang berkualiti, blog dan juga sesuatu program yang dapat memberikan pendapatan pasif kepada kita.
Saya harap dapat memberi sedikit info kepada anda mengenai perniagaan online/internet ni. Saya juga harap info nie dapat digunakan sebaik mungkin untuk anda dan juga saya untuk terus maju dalam bidang ini. Sila tinggalkan komen supaya saya dapat mengetahui sedikit sebanyak tentang apa yang kekurangan.
Terima Kasih dan Salam Sejahtera
AmrilMuidz





bagus post nih
sebab ramai newbie yang mula join ebiz ni terlalu eager atau ghairah untuk membuat duit semata-mata
mereka lupa sebenarnya dengan membina perniagaan yang sebenar boleh membina empayar biznes yang mantop, membentuk kredibiliti sbg seorang IM
baru boleh kekal lama
itu dari exp saya juga
so kena banyak wat research dan rajin bertanya
Salam Ahfizfazi
Betul tu, saya juga begitu masa mula2 kenal IM nie just fikir nak duit cepat jer. tapi tak terfikir nak bina empayar bisnes internet .Sampai saya melakukan byk kesalahan seperti spamming dan macam-macam lagi
Bagus dan jelas penerangan yang you berikan.Sekarang, saya faham la sikt pasal perniagaan online.
Salam cikgu dee..
Saya harap dapat berkongsi lagi info menarik mengenai perniagaan online nie. Kita sama2 belajar mencari ilmu perniagaan online ni di internet.
Terlalu banyak perniagaan di internet sekarang, tak tau mana satu yang benar benar boleh buat duit.
Salam Saudara Mezain….
Ada banyak cara nak buat duit di internet…tetapi pastikan kita ambil satu model sebagai contoh google adsense…fokus pada satu dan dapatkan pendapatan dari google adsense sehingga puas hati sebelum bertukar ke model lain….