Perniagaan Online
BLOG PERNIAGAAN SECARA ONLINE

Ada Apa Dengan JENAMA..!!!

Salam Semua.. Harap anda semua dalam keadaan sihat Sejahtera…

Ok…Hari ni saya ingin cerita atau kongsi sikit salah satu tips yang perlu kita ada untuk memulakan atau membina perniagaan online kita. Tips tu ada membina JENAMA. Kenapa jenama tu penting? Bagi pedapat saya lah…kita bina jenama kita sendiri supaya kita mudah di kenali oleh orang lain dan dalam masa yang sama membina kepercayaan orang lain terhadap kita?

Sebagai contoh..kalau kita cakap pasal jenama ini…bila kita cakap jenama kasut mesti kita akan jawap ADIDAS, NIKE, CONVERSE dan sebagainya. Kalau seluar jean kita akan jawap LEVI, ROMP dan sebagainya. Kenapa ini terjadi?ini terjadi sebab mereka membina jenama mereka sendiri apabila mereka ingin menjual produk mereka. Begitu juga kita, jika kita ingin memulakan perniagaan internet ataupun online , kita diWAJIBkan untuk membina jenama. Cukup sekadar menggunakan nama kita sebagai jenama. Contoh saya menggunakan nam AmrilMuidz.


Bagaimana cara untuk kita membina jenama tu?ada beberapa cara yang akan saya kongsikan.Antaranya ialah

1) Gunakan nama anda sendiri – gunakan nama anda sendiri apabila mendaftar di forum, facebook, twitter dan sebagainya. Pastikan orang mengenali anda dengan panggilan tersebut.

2) Letak nama anda sebagai signature produk – Sebagai contoh jika anda membuat produk sendiri, sentiasa meletakan signature anda dengan menggunakan nama anda.

3) Letakkan nama ada pada setiap grafik yang anda buat – Ni dapat anda lakukan jika anda mempunyai web, setiap gamba ataupun header anda boleh letakkan nama anda.

Ok.. itu saja sedikit info mengenai perniagaan online yang mungkin boleh anda jadi kan panduan untuk memulakan langkah dalam membina perniagaan online nie. Ada banyak lagi cara yang kita boleh cari di forum dan internet.

Saya harap pengkongsian ini dapat memberi manfaat pada semua.

Terima Kasih

AmrilMuidz

Dapatkan Post-Post Terkini dari Blog Saya Melalui Email anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Share/Save/Bookmark

Buat Duit Atau Membina Perniagaan Online? Seminar AmmarZahar

7 Responses to “Ada Apa Dengan JENAMA..!!!”

  1. aleh says:

    online business asas atas dasar kepercayaan..
    sebab tak jumpa face to face..
    nak bg org kita yg penting tu..
    supaya ada sedkit kepercayaan org pada kita..
    nice info..thanks..

    • admin says:

      Salam Aleh,

      Sama-sama..

      Yup kita tidak jumpa orang bila berniaga secara online, jadi kita penting untuk bina jenama supaya orang mengenali diri kita dan mudah untuk kita berurusan dengan orang lain.heheh

  2. Mohd Zaini says:

    Bagi saya untuk mendapatkan JENAMA kena promosi secara berterusan. Terutamanya bisnes yang baru. Biar pelanggan mengenal dahulu jenama kita.

    Tak kenal maka tak cinta. Bila dah kenal dan dah cinta mesti jadi angau.

    • admin says:

      Salam Zaini

      Jenama ini hanya ingin memberitahu kehadiran kita dalam bidang ni..sebagai contoh..jika nike ditukar kepada nuke..adakah orang akan mempercayainya?mungkin ya tetapi tak sehebat nike…ini sebab mereka sudah dikenali di dalam bidang mereka dah lama dulu.. dan untuk di kenali kita boleh melakukan promosi habis-habisan tetapi itu jika kita mempromosi produk kita..bagaimana jika kita nak promote diri kita? Forum lah jawapan nya..di situ kita membina nama dan berkenalan dengan pakar-pakar IM..

      Salam
      Amril Muidz

  3. Hadinur MS says:

    Salam Amril…

    Ya jenama memainkan peranan penting
    dalam membina perniagaan online kita.

    Tapi…biarlah penjenamaan tu berbentuk +ve.
    Maksud saya, orang kenal jenama kita bukan
    sebab keburukan/kekurangan tapi kelebihan/kebaikan
    yang ada pada produk/diri kita.

    Jenama yang bagus adalah kualiti & nilainya
    berjalan seiringan.

    nway…it’s a good article.
    Thanks… :-)

    • admin says:

      Salam,

      Terima Kasih atas compliment…heheh..cipta jenama mesti kena positif..kalau tak orang memang takmo berurusan dengan kita..hehehe

  4. redfar says:

    salam amril,
    xsangka amril pun blaja kt UiTM S.Alam..
    same lar..
    pasal jenama ni, mentor ade cakap (IK).. lebih baik guna nama sendiri.. hehe.. nama saya dah ramai orang guna so terpaka cari idea utk bina nama yg pelik skit..

Leave a Reply




SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline