Maaf jika saya jarang update blog saya sebab saya agak sibu dengan persiapan memasuki ke alam sarjana muda (degree) di uitm Shah Alam
Ok…dalam post kali ini saya cuma ingin memberi sedikit nasihat kepada anda semua bahawa..saya pernah menerima 2 emel dari orang yang saya tidak kenali yang kononya foreigner memberitahu bahawa saya memenangi wang tunai dan mereka memerlukan pengesahan saya sebelum duit tersebut dapat di berikan kepada saya..
Apa yang ingin saya tekankan di sini bahawa…jangan sesekali anda dedahkan maklumat peribadi anda kepada sesiapa yang anda tidak kenali asal usulnya…kerana ia sangat bahaya dan membolehkan anda mengalami kerugian dari segi kewangan kerana ia akan menggunakan maklumat tersebut untuk meng”hack” akaun bank anda dan akhirnya duit anda akan dicuri oleh mereka.
Anda semua harus ingat bahawa dalam dunia ini agak susah untuk mencari orang yang sanggup memberikan kita wang yang besar. Sebagai contoh…kita nak pinjam duit daripada member kita juga agak susah inikan pula dapat ratusan ribu dari orang luar yang kita tidak kenal…
Jadi saya harap anda semua jika ada yang menerima emel seperti itu…buat laporan ataupun delete sahaja emel tersebut dan jangan sekali-kali anda dedahkan maklumat anda kepada mereka.
Ok..hari ini saya just nak inform sikit pada semua yang saya akan mengikuti Seminar Perniagaan Internet 2010 daripada AmmarZahar. Ini merupakan seminar kedua dari dia saya hadir dimana pertama kali saya join kelas workshop Ammarzahar batch yang pertama.
Mungkin ramai orang pertikaikan kenapa nak pergi seminar ni?buang duit je. Buang masa je. Bagi saya tidak kerana kita memerlukan seorang guru yang menunjuk ajar kita. Macam di sekolah, kita pergi ke sekolah dan cikgu mengajar. kalau belajar sendiri mungkin susah nak paham. Jadi seminar ini ibarat cikgu tetapi belajar mengenai ilmu perniagaan online/ internet.
Kepada sesiapa yang pergi ke seminar tersebut mungkin kita boleh berjumpa di sana. Mana tahu kita boleh bertukar pendapat dan juga berkongsi maklumat mengenai perniagaan online ni.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih pada yang sudi berkunjung ke blog saya. Ok hari ini saya nak kongsi sedikit tentang blog perniagaan online saya ini. Bagi saya blog ini tempat saya berkongsi ilmu dengan semua, saya akan cuba mencari ilmu yang berguna mengenai perniagaan secara online ni dan berkongsi kepada semua. Saya harap dapat membina networking dengan usahawan-usahawan internet di luar sana.
Mungkin blog ini agak simple, tapi berikan saya masa untuk improve dari semasa ke semasa untuk memberikan segala info mengenai perniagaan online dengan lebih baik dan dapat berkongsi dengan semua.
Ok… saya ingin berkongsi dengan saudara, walaupun blog perniagaan online saya ini masih baru tak sampai 2 minggu tapi saya bersyukur kerana dalam masa tersebut web saya mendapat ranking pertama dalam google bagi keyword “blog perniagaan online“. saya agak terkejut juga sebab saya kekadang terfikir macamana nak dapatan ranking no 1 nie, macam susah jer. Tapi nak tau macamana saya dapat ranking no satu ni, saya hanya membeli produk dari yoji ni iaitu pakej lengkap kit blogger. Saya tidak melakukan banyak sangat kerja kerana saya ini kekadang cepat hilang fokus, cepat mengalah dan macam2 lagi, tapi alhamdulilah saya dapat ranking no 1 bagi keyword tersebut.
Saya harap kepada orang baru di luar sana macam saya ni, mulakan perniagaan online dengan blog, insyallah dari situ kita mula belajar asam garam perniagaan secara online ini.Jangan lupa siapa yang nak mulakan perniagaan dengan blog sila dapatkan produk ini.
Recent Comments