BLOG PERNIAGAAN SECARA ONLINE

Penipuan Dalam Perniagaan Online..???

Salam kepada semua…


Maaf jika saya jarang update blog saya sebab saya agak sibu dengan persiapan memasuki ke alam sarjana muda (degree) di uitm Shah Alam


Ok…dalam post kali ini saya cuma ingin memberi sedikit nasihat kepada anda semua bahawa..saya pernah menerima 2 emel dari orang yang saya tidak kenali yang kononya foreigner memberitahu bahawa saya memenangi wang tunai dan mereka memerlukan pengesahan saya sebelum duit tersebut dapat di berikan kepada saya..


Apa yang ingin saya tekankan di sini bahawa…jangan sesekali anda dedahkan maklumat peribadi anda kepada sesiapa yang anda tidak kenali asal usulnya…kerana ia sangat bahaya dan membolehkan anda mengalami kerugian dari segi kewangan kerana ia akan menggunakan maklumat tersebut untuk meng”hack” akaun bank anda dan akhirnya duit anda akan dicuri oleh mereka.


Anda semua harus ingat bahawa dalam dunia ini agak susah untuk mencari orang yang sanggup memberikan kita wang yang besar. Sebagai contoh…kita nak pinjam duit daripada member kita juga agak susah inikan pula dapat ratusan ribu dari orang luar yang kita tidak kenal…


Jadi saya harap anda semua jika ada yang menerima emel seperti itu…buat laporan ataupun delete sahaja emel tersebut dan jangan sekali-kali anda dedahkan maklumat anda kepada mereka.


Salam

Amril Muidz

Share/Save/Bookmark

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline