Salam Semua.. Harap anda semua dalam keadaan sihat Sejahtera…
Ok…Hari ni saya ingin cerita atau kongsi sikit salah satu tips yang perlu kita ada untuk memulakan atau membina perniagaan online kita. Tips tu ada membina JENAMA. Kenapa jenama tu penting? Bagi pedapat saya lah…kita bina jenama kita sendiri supaya kita mudah di kenali oleh orang lain dan dalam masa yang sama membina kepercayaan orang lain terhadap kita?
Sebagai contoh..kalau kita cakap pasal jenama ini…bila kita cakap jenama kasut mesti kita akan jawap ADIDAS, NIKE, CONVERSE dan sebagainya. Kalau seluar jean kita akan jawap LEVI, ROMP dan sebagainya. Kenapa ini terjadi?ini terjadi sebab mereka membina jenama mereka sendiri apabila mereka ingin menjual produk mereka. Begitu juga kita, jika kita ingin memulakan perniagaan internet ataupun online , kita diWAJIBkan untuk membina jenama. Cukup sekadar menggunakan nama kita sebagai jenama. Contoh saya menggunakan nam AmrilMuidz.
Bagaimana cara untuk kita membina jenama tu?ada beberapa cara yang akan saya kongsikan.Antaranya ialah
1) Gunakan nama anda sendiri – gunakan nama anda sendiri apabila mendaftar di forum, facebook, twitter dan sebagainya. Pastikan orang mengenali anda dengan panggilan tersebut.
2) Letak nama anda sebagai signature produk – Sebagai contoh jika anda membuat produk sendiri, sentiasa meletakan signature anda dengan menggunakan nama anda.
3) Letakkan nama ada pada setiap grafik yang anda buat – Ni dapat anda lakukan jika anda mempunyai web, setiap gamba ataupun header anda boleh letakkan nama anda.
Ok.. itu saja sedikit info mengenai perniagaan online yang mungkin boleh anda jadi kan panduan untuk memulakan langkah dalam membina perniagaan online nie. Ada banyak lagi cara yang kita boleh cari di forum dan internet.
Saya harap pengkongsian ini dapat memberi manfaat pada semua.
Terima Kasih
AmrilMuidz

Salam semua, harap semua sihat2 belaka.
Ok.. hari ini saya nak cerita sikit 2 perkara iaitu buat duit di internet dan juga membina perniagaan online. Apa perbezaan kedua-dua nie?macam sama jer?humm.. ada banyak perbezaan sebenarnya cuma kita mungkin terlepas pandang. Ok…mari saya terangkan secara ringkas perbezaan antara buat duit di internet dan juga membina perniagaan secara online.
1)Buat Duit Di Internet
Buat duit di internet nie dapat di takfsirkan jika kita mampu mendapatkan pulangan iaitu dalam matawang ataupun duit ke dalam akaun kita. Maknanya kita mendapat duit dengan hanya menggunakan internet. Sebagai contoh, anda buat duit melalui adsense, ebay, dan sebagainya.
Tapi apa bezanya dengan membina perniagaan? padahal kedua-dua menghasilkan duit kepada kita. Ok.. saya terangkan jika kita hanya membuat duit di internet, kita hanya menumpukan dalam masa jangka pendek. Kita hanya mencari instant money dari internet. Sebagai contoh jika anda mendapat duit daripada adsense, cuba bayangkan satu hari adsense akan di bubarkan, maksudnya anda tidak akan dapat membuat duit lagi kerana sebelum nie pendapatan anda daripada adsense. Adsense yang membayar anda. Tetapi memandangkan adsense sudah di tutup anda tidak akan mendapat duit dari nya.
2)Membina Perniagaan Online/Internet
Berbeza dengan hanya membuat duit di internet, membina perniagaan secara online juga seperti membina perniagaan secara offline. Sebagai contoh, jika kita ingin membina perniagaan, kita memerlukan networking yang besar supaya dapat membantu kita dalam mempromosikan sesuatu produk. Selain itu, kita juga perlu ada mailing list yang berkualit. Saya ingat lagi kata-kata Patric Chan dan Zamri dalam The Four Weeks To Freedom dimana mereka mengatakan bahawa kita perlu membina asset kita untuk membina perniagaan internet yang sebenar. Terdapat beberapa asset penting yang perlu kita ada iaitu mailing list yang berkualiti, blog dan juga sesuatu program yang dapat memberikan pendapatan pasif kepada kita.
Saya harap dapat memberi sedikit info kepada anda mengenai perniagaan online/internet ni. Saya juga harap info nie dapat digunakan sebaik mungkin untuk anda dan juga saya untuk terus maju dalam bidang ini. Sila tinggalkan komen supaya saya dapat mengetahui sedikit sebanyak tentang apa yang kekurangan.
Terima Kasih dan Salam Sejahtera
AmrilMuidz
Salam semua, moga anda dalam keadaan sihat sejahtera n senyum sokmo.
Ok…hari ni saya nak cerita sikit tentang kategori2 dalam affiliate. okk…dalam affiliate boleh terbahagi kepada 3 iaitu pay per sales, pay per lead dan pay per click. Mari saya terangkan secara ringkas maksud ketiga-tiga kategori nie…
1) pay-per-sales
Kategori iniĀ owner akan membayar affiliate berdasarkan sales yang dilakukan. Sebagai contoh, produk A berharga RM50 dan jika kita dapat membuat jualan kita akan mendapat 50% komisen iaitu RM25. Jadi jika kita dapat membuat satu jualan kita akan dapat RM25 kalau 10 jualan RM 250. Jadi kita di bayar berdasarkan jualan.
2) Pay-per-lead
Kategori ini owner akan membayar kita berdasarkan lead atau pun berdasarkan berapa orang download product mereka melalui link kita. Biasanya pay-per-lead ini, owner akan memberi produk percuma kepada orang untuk di muat turun, jadi setiap orang yang kita bawa untuk muat turun, akan di bayar oleh owner tersebut. Biasanya pay per lead pasaran malaysia akan bayar Rm0.20 – Rm 1.00.
3) Pay-Per-Click
Kategori ini owner akan membayar kita berdasarkan click. Ini dapat di lihat melalui program google adsense. Kita akan di bayar berdasarkan click terhadap sesuatu iklan. Sebagai contoh, kita letakan iklan google dekat blog kita, dan pelawat klik pada iklan tu, jadi kita akan di bayar mengikutĀ jumlah klik daripada pelawat.
Itu serba sedikit mengenai affiliate. ikutkan ilmu affiliate ni sangat luas dan ia juga menjadi asas jika kita mahu mulakan perniagaan online kita. Jika anda ingin mempelajari ilmu affiliate untuk memulakan perniagaan secara online anda, saya sarankan anda memulakan dengan menggunakan ilmu daripada yang pakar. Saudara Zamri merupakan seorang Otai IM dalam pasaran tempatan dan dia ada mengeluarkan satu produk mengenai affiliate dan saya rasa produk tersebut sangat bagus untuk di miliki. Jika anda berminat… anda boleh lihat pada link di bawah ini
Pakar Affiliate
Itu saja dari saya. Saya harap dapat memberi sedikit info untuk kita memulakan peniagaan online kita.
Salam
AmrilMuidz
Salam semua,
Kepada sesiapa yang berminat mendapatkan produk terbaru Zamri Nanyan iaitu Pakar Affiliate, anda leh dapatkan bonus hebat dari saya dengan klik link di bawah ini
www.amrilmuidz.com/pakaraffiliate
Moga-moga bonus ini dapat memberi manfaat kepada semua.
Salam
Amril Muidz
Salam Semua,
Lama juga saya tak update blog. Masih nak belajar tarik trafik ke blog. Susah juga nak maintain blog ne.hehehee. Tapi tak boleh di jadikan alasan untuk tidak teruskan progress.
Ok…hari ini saya ingin bincang sikit pasal affiliate. Apa itu affiliate?? Ok, affiliate semua orang mungkin tahu, ia seperti agen yang mempromosikan produk orang lain dan di bayar berdasarkan sale, click or lead. Hari tu saya ada beritahu saya pergi ke seminar AmmarZahar. Dia berkongsi banyak info mengenai affiliate nie.
So antara benda penting yang perlu ada untuk jadi affiliate berjaya ialah:
1) Mailing list yang berkualiti – Ini paling penting kerana duit=list. Jadi kita perlu dapatkan a good list.
2) Pilih produk yang berkualiti dan tinggi komisen – ini penting kerana jika kita menjual produk kurang kualiti akan menjatuhkan kredibiliti kita.
3) Tahu teknik pemasaran email- Ramai otai di luar sana hanya menggunakan teknik ni saja untuk menjadi super affiliate
So… itu antara element penting yang perlu ada untuk menjadi affiliate berjaya. Saya pun masih mencuba untuk menjadi affiliate yang berjaya n harap2 boleh kalahkan otai di luar sana.hehehe
Salam,
Amril Muidz
Recent Comments