Apa khabar semua?? hope sihat belaka.. Okk.. lama saya tak post kat blog saya memandangkan saya kena ke Terengganu semula untuk pembentangan report praktikal saya. Jadi saya tiada kemudahan internet, nak pergi cc pun tak da masa, jadi tak sempat nak post.
Ok post kali ni saya ingin beritahu saya akan ke seminar seorang IM kita iaitu AmmarZahar atau lebih dikenali sebagai pakar affiliate dalam pasaran kita. Ammar memulakan perniagaan online lebih kurang setahun lebih saja, tapi telah membuktikan bahawa seorang pelajar berumur 22tahun (sama baya dengan saya) mampu menjana jualan dalam perniagaan online sehingga 400k dalam setahun.
Jadi hari ni saya akan ke seminar beliau kerana die ingin mendedahkan rahsia die menjadi affiliate berjaya. Hope saya pun mampu menjadi seperti beliau. Ok.. Tu saja dari saya.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih pada yang sudi berkunjung ke blog saya. Ok hari ini saya nak kongsi sedikit tentang blog perniagaan online saya ini. Bagi saya blog ini tempat saya berkongsi ilmu dengan semua, saya akan cuba mencari ilmu yang berguna mengenai perniagaan secara online ni dan berkongsi kepada semua. Saya harap dapat membina networking dengan usahawan-usahawan internet di luar sana.
Mungkin blog ini agak simple, tapi berikan saya masa untuk improve dari semasa ke semasa untuk memberikan segala info mengenai perniagaan online dengan lebih baik dan dapat berkongsi dengan semua.
Ok… saya ingin berkongsi dengan saudara, walaupun blog perniagaan online saya ini masih baru tak sampai 2 minggu tapi saya bersyukur kerana dalam masa tersebut web saya mendapat ranking pertama dalam google bagi keyword “blog perniagaan online“. saya agak terkejut juga sebab saya kekadang terfikir macamana nak dapatan ranking no 1 nie, macam susah jer. Tapi nak tau macamana saya dapat ranking no satu ni, saya hanya membeli produk dari yoji ni iaitu pakej lengkap kit blogger. Saya tidak melakukan banyak sangat kerja kerana saya ini kekadang cepat hilang fokus, cepat mengalah dan macam2 lagi, tapi alhamdulilah saya dapat ranking no 1 bagi keyword tersebut.
Saya harap kepada orang baru di luar sana macam saya ni, mulakan perniagaan online dengan blog, insyallah dari situ kita mula belajar asam garam perniagaan secara online ini.Jangan lupa siapa yang nak mulakan perniagaan dengan blog sila dapatkan produk ini.
Hari ini saya nak bincang skit bagaimana buat duit secara online dengan menjadi affiliate. Sebagai orang yang ingin memulakan perniagaan secara online nie, kita perlu belajar bagaimana cara-cara menjadi seorang affiliate. Ok… affiliate ini kalau dalam bahasa pasar nya kita menjadi agen menjual sesuatu produk, lepas itu jika kita mendapat jualan, kita akan di bayar komisyen. Simple as that…
Tapi untuk mendapatkan jualan tu yang membuatkan ramai tidak berjaya dalam perniagaan affiliate nie. Ramai yang putus asa dan ada juga yang mengatakan program2 affiliate ni scam lah, tak le percaya lah dan macam2 lagi. Tapi sebenarnya, ramai orang kita berjaya menjadi affiliate berjaya dalam mempromosi hanya produk local (Malaysia). Ni nama antara yang berjaya menjadi affiliate yang berjaya seperti AmmarZahar, Razif, Jamal, Yoji, En Dlie dan ramai lagi.
Selain daripada pasaran local, banyak juga produk2 luar negara yang kita juga boleh promosi dan mendapatkan komisyen, dalam us dollar lagi…Program yang menjual produk affiliate nie banyak tapi biar saya bagitau satu jer laman web yang paling popular dalam penjualan produk digital iaitu www.clickbank.com.
So itu saja info saya tuk kali ini. Moga dapat bagi sedikit info tentang perniagaan secara online kepada semua.tq
Hari ini saya nak bagitau skit jer, ada juga soalan2 yang bertanya, lama ker nak buat blog untuk perniagaan online nie..? Bagi saya kalau mula2 nak buat tu, memang lama ah, saya ikut ebook pakej lengkap kit blogger, so ada step2 yang saya kene ikut, kalau tak kene marah, hehehee… tapi bila anda dah tu, anda pun akan ckp gini. “laaaa…macam nie jer ker buat blog, senang jer…”.
Heheheh…memang senang, tapi tuk senang kene tau step2 by step. ok.. Sepanjang saya mencari info perniagaan internet nie, ada dua cara nak buat blog nie, maksud saya blog yang guna domain + hosting sendiri lah,
Kedua : Buat dengan mengunakan software fantastico yang ada dalam control panel/cpanel kita. yang ni buat 5 minit pun tak sampai.ehehe.
Tapi bagi saya kalau nak mula perniagaan secara online dengan menggunakan blog, belajar step by step dlu. Baru leh kita blaja cara expresss…
Itu saja post saya kali ni. Harap dapat memberi sedikit info pada anda mengenai perniagaan online ini. Maaf kalau ada terkasar bahasa atau ada yang tersinggung.
ok.. Hari ni saya nak tulis ringkas sahaja. Saya ingin senaraikan beberapa cara membuat duit di internet. Sebenarnya ada banyak cara, tapi saya senaraikan mengikut pendapat saya sahaja. Lain orang lain rasanya, jadi ni pendapat saya cara-cara membuat duit online yang terbaik…
1 ) Buat duit dengan blog
2 ) Buat duit dengan affiliate
3 ) Buat duit melalui video
4 ) Buat duit melalui ebay
5 ) Buat duit melalui jualan ebook/ produk digital
6 ) Buat duit melalui produk fizikal
7 ) Buat duit dengan forex
8 ) Buat duit dengan adsense
9 ) Buat duit dengan clickbank
Itu cuma sebahagian saja senarai cara membuat duit secara online, ada banyak lagi cara yang boleh memberikan pendapatan melalui internet ini. Cuma bagi saya di atas antara cara-cara yang terbaik dan terbukti boleh membuat duit di internet.
Insyallah kalau saya ada masa saya akan terangkan serba sedikit tentang buat duit menggunakan cara2 yang saya senaraikan.
Hari ini saya nak tanya sikit lah, adakah anda tergolong dalam orang yang masih baru nak memulakan perniagaan secara online ini? Adakah anda masih memerlukan satu sumber yang dapat menyelesaikan masalah anda? Saya nie juga masih baru dalam perniagaan internet dan alhamdulilah saya dapat juga memulakan langkah pertama saya dalam perniagaan internet ni.
Ok…Sebelum ni, saya merupakan seorang yang lebih suka membeli dari membuat. Maksudnya saya nie suka membeli produk2 dari otai kita yang merupakan satu produk yang bagus tapi saya hanya mampu membaca berulang kali tetapi tidak mengambil tindakan. Dan akhirnya apa yang saya dapat, saya tak dapat menghasilkan satu sen pun dari internet tapi adakah saya menyalahkan produk tersebut??Terus terang saya katakan saya takda langsung menyalah kan produk tersebut sebab saya tau punca adalah dari sikap saya sendiri.
Saya ingin menanya anda, anda rasa adakah saya rugi 100% dengan membeli produk tersebut?? Saya akan jawap TIDAK!!, napa? biar saya jelaskan disini, walaupun saya membeli produk dari otai2 kita untuk memulakan perniagaan secara online ni, walaupun saya tak mampu menghasilkan walau 1 sen pun di internet tapi saya dapat sesuatu yang berharga dari produk tersebut, iaitu… ILMU.
Saya yakin walaupun saya tak mampu hasilkan duit sekarang tapi saya yakin masa depan saya akan mampu hasilkan nya walaupun memerlukan bertahun. Tetapi mungkin ada orang yang xmampu bersabar untuk tunggu bertahun untuk memulakan perniagaan internet ni. Tapi tak mengapa saya paham keadaan dan situasi masing2. Untuk pngetahuan anda, saya mula mencari ilmu perniagaan di internet dari tahun 2006 tapi memulakan perniagaan secara online pada tahun 2009 pada bulan oktober iaitu dengan menghasilkan blog ini. Anda tengok berapa lama saya tunggu untuk memulakan bisnes internet nie.. 3TAHUN.. Itu baru memulakan belum mendapatkan hasil lagi.hehee.. tapi saya tau sabar tu penting. BETUL KAN…?
Untuk menghasilkan blog ini juga saya membeli produk dari usahawan internet malaysia kita juga baru saya mampu memulakan langkah pertama saya ini. Bagi sesiapa ingin memulakan bisnes online dengan membuat blog saya cadang kan anda membeli produk dari saudara yoji iaitu Pakej Lengkap Kit Blogger. Ia satu pakej yang memang lengkap untuk memulakan perniagaan online ini. Itu saja dari saya harap dapat memberi sedikit info kepada anda.
Hari ini saya nak citer skit bab blog ni. Ramai yang tau apa itu blog, dan ramai orang tau dengan blog kita boleh menghasilkan pendapatan yang agak lumayan. tapi… berapa orang yang betul2 tau cara buat duit dengan blog..?? hum… Bagi saya untuk memulakan sesuatu perniagaan online, blog merupakah langkah yang paling efektif.
Ini kerana dengan blog saja, kita akan mendapat pelbagai faedah darinya. Sebagai contoh, dengan blog, anda dapat membina kredibiliti.Pas tu anda jugak membuat duit dari blog dengan meletakan banner2 affiliate anda. Jadi setiap kali orang klik dan beli dari link tu, kita akan dapat komisyen. Selain itu, anda juga boleh meletakan produk percuma dimana anda akan menggunakan autoresponder untuk menarik senarai email.
Ahh… ada lagi, anda juga dapat menarik trafik yang banyak dengan hanya mnggunakan blog sahaja. Dari situ anda dapat membina networking dengan orang lain. Bagus untuk bisnes tu.. Perniagaan online ni kita bole mulakan dengan pelbagai cara, tetapi bagi saya, jika kita masih baru, cubalah dengan menggunakan blog sebagai langkah pertama. Macam saya nie… hehehe.
Itu saja dari saya. Selamat maju jaya. Moga dapat memberi sedikit info kepada pembaca…
Kepada sapa2 yang nak mulakan perniagaan di internet, mesti tajuk di atas wujud dalam kepala kita. Saya juga begitu, sebab? sebabnya bila kita mula mencari ilmu mengenai perniagaan online ini, mesti kita terjumpa pelbagai sumber yang beritahu kita macam2 cara nak buat duit di internet nie.
Ada yang cakap leh buat duit dengan blog, affiliate, jual produk fizikal, produk digital, ebay, dan macam2 agi lah. Memang benar dan nyata semua cara tu leh buat duit, tapi… macamana kita nak tau yang mana cara yang sesuai dengan kita. Haa.. yang tu kita kena ah cuba satu persatu. Cari yang mana sesuai ngan kita. Tapi jangan pulak hari ni kita buat blog, esok buat affiliate, lusa buat ebay, tulat buat benda lain.Kalau anda macam tu? saya rasa satu minggu je anda leh bertahan.
So di sini saya ingin tekan kan bila kita buat satu benda tu, kita kenalah fokus sampai membuahkan hasil. Saya tau ramai mengalami masalah fokus ni, sebabnya? matlamat tak betul. Ataupun tak boleh sabar untuk mendapatkan hasil. Jadi cara2 untuk kita memulakan perniagaan secara online kita perlu matlamatkan keinginan kita. Apa kita nak dari internet ni. Lepas tu, cari satu cara membuat duit online dan focus hingga membuahkan hasil. Itu je tuk post kali ni, saya harap dapat sikit memberi info kepada pembaca mengenai cara bagaimana hendak mulakan perniagaan online nie.
Selamat datang saya ucapkan ke blog saya. Ini merupakan langkah pertama saya dalam memulakan perniagaan secara online. Saya harap dapat berkongsi ilmu dengan semua tak kiralah mengenai apa asalkan ia berkaitan dengan perniagaan online ker, buat duit di internet ker, dan macam2 lagi.
Saya jugak berharap untuk menjadi seperti otai2 IM di luar sana seperti Zamri Nanyan, Ammar Zahar, Mawardee, Team Flarebiz, Amirol, Yoji, dan ramai lagi. Saya tahu untuk memulakan sesuatu perniagaan secara online memerlukan satu langkah yang betul, kalau tak baru suku jalan dah give up. Tak caya? Saya sendiri tergolong dalam golongan tersebut.
Jadi saya harap dengan ada nya blog ini, dapat menjadi tempat untuk saya membina kredibiliti, nama, network dan banyak lagi. Saya harap rakan sekalian juga perlu menetapkan langkah yang betul. Itu saja pengenalan dari saya.